Refreshment : Mari Kita Menjelajah Minda

Entah mengapa, aku sekarang ini sering saja terfikirkan tentang apa yang ada di dalam benak fikiran orang-orang lain. Kadang-kadang sampai satu tahap, aku selalu cuba merasionalkan tindakan, minat, dan perbuatan mereka terhadap sesuatu dengan cara cuba berfikiran dan menjadi seperti mereka.

Cuba menjalani cara mereka berfikir, dan menerima pandangan mereka, dengan cara mereka.

Seketika bersama-sama mat rempit, ruang lingkup konversasi yang sering aku dengar dan lalui adalah mengenai sport rim, perempuan, helmet, eksiden, karburetor, polis, uptown, dan juga ‘barang’. Sama juga dengan mat-mat kereta. Bezanya, taste mereka mungkin lebih ekslusif dan agak mahal.

Bersama dengan kaki-kaki futsal, memang jauh bezanya dengan mat rempit. Obses dengan skil-skil Christiano Ronaldo, Messi, Ronaldinho serta Friday Futsal. David Beckham mungkin kurang relevan buat masa sekarang. Makan bola, minum bola, dan tidur bola mungkin istilah yang hampir tepat. Rancangan kegemaran tentunya berkisarkan kebolaan. Kebanyakan mereka adalah pembeli-pembeli kental baju jersi ciplak buatan Thailand kerana harga jersi original mencecah RM240.

Mat metal pula lain gayanya. Genre muzik selain metal adalah genre yang suck. Lagu-lagu Indon adalah najis. Baju mesti ori, mempunyai nama band metal kegemaran seperti Sodom, Dimmu Borgir, Craddle of Filth, Judas Priest, Dream Theather, atau Children of Bodom yang dibeli di kedai-kedai bundle dan berwarna hitam atau gelap. Maaf, mereka tidak akan sesekali memakai baju XPDC. Berborak dengan mereka pasti terselit unsur-unsur harmoni, riff, double pedal, gig yang kena rush, dan bagaimana menjaga rambut dengan baik.

Bersama dengan manusia-manusia yang mempunyai obsesi terhadap budaya popular, kamu mesti tahu bagaimana mahu masuk. Ya, semestinya kamu kena kenal Faizal Tahir, drama-drama bersiri Indon, AF dan rancangan-rancangan realiti lain, OC, Prison Break, Prof. Razak Mohideen, Yusof Haslam, Starbucks, J. Co., dan jenama-jenama pakaian terkenal di Malaysia seperti Guess, MnG, Topshop, Giordano(?) dan tentunya Levi’s (aku yakin kamu semua mesti ada Levi’s, paling tidak pun pernah memasang angan-angan membeli jenama pakaian ini). Sama juga dengan golongan yang kononnya anti-establishment. Bezanya cuma, obsesi mereka tentang rarity sesebuah seni dan fesyen lebih terperinci, dan pengetahuan mereka pula lebih meluas, walaupun sebenarnya itu semua tidak memberi apa-apa makna yang besar.

Apa-apa pun, secara ringkasnya dan tanpa berbelit-belit, pada mulanya, aku sememangnya kurang gemar berdampingan dengan manusia-manusia yang bermentaliti berbeza daripada aku. Aku lebih suka bersama-sama dengan manusia-manusia yang mempunyai selera muzik, fashion taste, dan kecenderungan pemikiran yang sama dengan aku.

Dalam kata lain, aku mencari duplikasi diri aku. Aku berkawan dengan orang yang aku suka, dengan orang yang aku rasa mempunyai pertalian dengan jiwa aku secara halus.

Dan akhirnya, setelah aku mula bercampur, setelah aku mula bergaul, aku sedar, tindakan aku dahulu sebenarnya tidak membawa aku ke mana-mana. Sebaliknya, hati aku menjadi penuh dengan skeptikal, prejudis dan sinikal terhadap orang-orang lain.

Sepanjang hidup ini sebenarnya, antara kamu sedar atau tidak, kamu semua tercari-cari satu identiti diri, iaitu identiti yang kamu tidak akan mudah jemu untuk menjadi identiti itu. Dan dalam proses pencarian ini, kamu dengan mudahnya akan terpengaruh dengan persekitaran kamu, dengan apa yang kamu lihat dan kagumi, dan dengan apa yang kamu fikirkan sebagai menarik.

Mungkin pada umur kamu 8 tahun, kamu ingin menjadi seorang polis atau askar, kerana merasakan polis atau askar mempunyai kuasa untuk menangkap orang lain dan berjasa kepada kesejahteraan negara. Pada umur 13 tahun pula, kamu mula mahu menjadi seperti cita-cita kamu tetapi masih lagi berlandaskan pemerhatian kamu pada persekitaran kamu. Cikgu, jurutera, doktor, akauntan dan pelbagai lagi kerjaya yang selalu dilihat di televisyen adalah pilihan biasa kamu.

Aku yakin tiada siapa yang bercita-cita mahu menjadi bartender pada usia 13 tahun.

Beranjaknya kamu ke alam baligh, kamu mula berkrisis lagi tentang identiti kamu. Kamu mula memberontak mencari erti kebebasan dan diri sendiri. Kamu mahu menjadi diri kamu. Kamu mula mempersoalkan tentang banyak perkara. Apa-apa yang dilihat sebagai luarbiasa, cool, akan menjadi pujaan, dan ikutan. Muzik, fesyen adalah umpanan yang paling berpengaruh. Begitu juga motorsikal (kenderaan).

Keadaan ini kekal berlanjutan sehinggalah kamu meniti alam awal universiti mahupun alam kerja yang tidak tetap, bagi mereka yang gagal ke universiti. Percampuran di antara rumpun minat yang sama, mencambahkan lagi kecenderungan untuk membudayakan sesuatu. Sebagai contoh, kewujudan mendadak pelbagai perkumpulan Rangers (peminat serta pengguna kamera SLR) di seluruh negara satu ketika dulu. Yang kurang bijak sedikit, boleh jadi akan terjerumus ke dalam kancah rempit.

Dalam pada kamu seronok hidup berkelompok, kamu sebenarnya terkial-kial mencari, siapa diri kamu. Ada yang mungkin hanyut mengikut arus teman-teman, serta pergaulan, dan ada yang mengambil pendekatan ‘malas nak layan’.

Dan apabila kamu meniti usia yang semakin dewasa, berlaku lah lagi satu krisis pencarian identiti diri kamu yang sebenar dan paling kritikal.

Pernahkah kamu terdengar tentang krisis pertengahan usia 20 an (quarter-life/mid-twenty crisis)? Uh, ini adalah krisis yang bakal menentukan bagaimana kamu hidup untuk 20 tahun akan datang sebelum tersua kembali dengan satu lagi krisis identiti sebelum mati.

Banyak betul masalah dalam memilih cara hidup, bukan?

Aku rasa-rasa lah. Pre-conceive idea ini mungkin tak betul.

Secara generalnya, aku berpendapat, manusia tidak akan pernah berasa berpuas hati dengan kehidupan mereka sendiri. Mereka akan sentiasa mencari-cari satu bentuk persefahaman di antara realiti kehidupan, keinginan, kemahuan serta tindak balas sosial yang benar-benar sepadan dengan jiwa dan kehendak mereka.

Mencari satu identiti diri yang kekal, dan tidak mudah menjemukan, sebenarnya proses ini pada pendapat aku, tidak akan berakhir selagi mana kamu bernafas.

Walaubagaimanapun, aku percaya, setiap manusia yang lahir dan hidup di atas muka alam ini mempunyai potensi. Tidak kiralah serempit mana pun mereka, semetal mana pun mereka, atau sebosan mana pun mereka, mereka semua mempunyai satu kemampuan luar biasa yang belum dieksplorasi dan dieksploitasi sepenuhnya.

Seorang mat rempit tidak akan merempit selama-lamanya. Seorang kaki futsal tidak akan berfutsal selama-lamanya dan begitu juga mat-mat lain, mereka semua tidak akan menjadi mat-mat itu untuk selama-lamanya.

Kerana pada satu masa nanti, aku percaya, kamu semua akan keluar juga dari kelompok kawanan-kawanan lama kamu, atas alasan mencari penghidupan yang lebih sempurna dan proses pembentukan, penjelmaan, serta percantuman identiti baru akan sentiasa berlaku.

Yang pastinya, setiap manusia mahu menjadi terbaik. Jangan menghina keadaan mereka sekarang. Beri mereka peluang dan ruang untuk menjadi terbaik. Kita semua terperangkap dalam satu kepompong krisis identiti yang hanya menunggu masa untuk dipecahkan, oleh satu potensi yang tersembunyi.
So, stop hating each other.

Kita sama-sama mencari satu kehidupan yang berkualiti dan ber value tinggi, bukan?

What is the use of a house if you haven’t got a tolerable planet to put it on?


Anyways, tahniah kepada yang sempurna dan tidak pernah berkonflik dalam memilih identiti diri.

Kamu pula, bagaimana?

-arkib-



Paradoks

Lewat ini, semacam timbul seribu satu kalut dalam fikir. Seperti, waiting to explode, begitu. Cuba untuk occupy-kan diri, hilang-kan diri, lari-kan diri, nyahpeduli-kan semuanya, anyhow, rasa guilt tetap mengekori, seperti bayang-bayang.

Dia bilang, aku macam orang lain. Dingin. Ah, maksudnya di sini, bukan dingin di ranjang, mind you ya!

Banyak persepsi tentang hidup aku kini perlahan-lahan menjadi ringan dan jinak. Mild. Semakin malas. Mungkin petanda yang aku semakin grow up; satu perkara yang aku tidak mahu berlaku.

Percanggahan tentang apa yang kau pegang selama ini dengan apa yang sebenarnya berlaku akan merobohkan tembok ego kau. And as old ideas die hard, aku juga masih terpana dengan setiap penemuan yang berlawanan dengan hukum tafsir dan logik kepintaranku, dan di situlah titik konflik emosi aku tercetus dan hangus.

Dan perasaannya; seperti kau berenang melawan arus.

Cuba untuk tidak berlebih-lebihan. Cuba bekukan masa, hanya untuk seketika.

Dan nyatanya, perihal manusia dan agama, to perceive is to suffer.

Refreshment : Science of Sleep

Bersandar di satu sudut, sedang mata aku ralit menikmati kaligrafi-kaligrafi indah di penjuru-penjuru, aku didatangi oleh seorang lelaki. Berjubah biru dan berkopiah lembik, dan mungkin serban yang tersangkut di bahu kirinya. Lewat 30-an boleh jadi.

“It is good,.. err.. to have a… quality moment,.. err.. to think about ourselves,.. about the Almighty..,” maksud kata-kata lelaki Pakistan yang berjanggut panjang dan berwajah penuh cahaya itu, atau makna yang seumpamanya, aku tak berapa pasti, dalam bahasa Inggeris yang tersangkut-sangkut kepada aku. Aku balas dengan senyuman.

“God is great.. God is great,”
katanya lagi, menampakkan giginya yang tersusun cantik dan putih. Dia memandang ke arah mimbar. Aku balas lagi dengan senyuman.

Kebelakangan ini, aku semakin kurang menggunakan interaksi verbal dengan stranger. Hanya anggukan, senyuman, dan juga jawapan pendek, “Hurm,” , “Entah,” atau “Tak,” sahaja yang keluar dari mulut aku.

Lelaki Pakistan tadi terus cuba berbahasa dengan menceritakan tentang betapa takjub dan mahanya kebesaran Tuhan. Mukjizat sana sini, nikmat itu ini. Telinga aku tadahkan, tetapi fikiran aku menerawang jauh merentasi horizon lain. Muka, senyum simpul. Mata, pandang bawah.

“Life is so short, don’t waste it. Make Allah happy. Pray to him. And think of him before doing things,”
kata lelaki Pakistan tanpa henti. Aku dengar saja. Mengangguk sambil muka kekal melempar senyuman.

“You know what, you are very lucky guy. Out of thousands, you are Allah’s guest here,”
katanya kali ini bersama dengan satu intonasi aneh, buat aku tersentap dan terkedu; dan dia pula mengukir sebuah senyuman tenang; buat aku ingin saja lari dari masjid itu.

Tetamu Tuhan? Aku? Can you imagine that?

Aku patut mandi bersih-bersih tadi.

**
Bukan Tipikal Lelaki Ampang sms : “Jumpa di Ceylon?”

Cik Maria Ozawa (yang masih terawang-awangan dipanah sang cupid) tanyakan aku soalan sama yang aku masih tak mampu jawab, “Are you moving out for good?”

Malaikat Nombor Satu: “Kau pindah betul ke?”

Untuk membuat sesuatu keputusan, banyak perkara yang perlu di-consider-kan. Tambahan lagi, jika ia melibatkan kos sentimental; teman-teman yang selalu berdamping dan bersama, susah atau senang, win or lose, up or down.

Untuk menyatakan ya atau tidak pun, aku terpaksa untuk punyai sedikit masalah. Atas sebab apa?

Atas sebab orang lain. Obstacle dari hati dan budi kawan-kawan. Kerana aku lelaki sangat agungkan friendship. Aku mungkin sedikit selfless. Philanthropic. Altruistic. Atau mungkin juga, full of shit.

Tapi hidup ini, mesti kena teruskan. Prinsip, mesti kena ada seni. Jiwa kena kuat. Telinga kena bebal. Yang penting, hati mesti batu, sebab kau yang akan drive diri kau, bukan orang lain.

It has been fucking years aku hidup menjaga hati kawan-kawan. It has been fucking years aku hidup dalam alam yang aku sendiri tak pasti ke mana arah dan teraba-raba tujuan, bersama dengan kawan-kawan. It has been fucking years aku bergelumang dengan tahi dan najis kawan-kawan. And it has been fucking years too juga aku kena main, tikam, dan dilukai oleh manusia yang dipanggil, kawan-kawan.

Tapi aku tak highlight-kan tentang yang akhir itu, sebab eccentrically, aku percaya dengan karma.

Kau buat baik, pasti kau akan dapat habuannya, kau buat jahat, cepat atau lambat, balasan tetap akan sampai ke muka tembok kau. Contohnya, jika aku main perempuan, bila dia mengandung, aku juga yang susah nak kena keluar duit, pening kepala, jaga air muka, cari klinik sini sana, abortion, dosa lagi, and all; and it seems as simple as that, kan? Ataupun satu masa nanti anak aku kena main dengan orang.

Karma.

Apa yang aku lalui, apa yang aku terima, apa sahaja bala bencana atau kurnia yang menimpa jemala aku, adalah komplikasi langsung dari perbuatan aku. Sama juga dengan kau. Jadi, jangan salahkan Tuhan kalau perkara buruk berlaku atas kau.

Sekarang aku sudah berpindah. Cari inspirasi hidup yang baru. Cari my long lost happiness and peacefulness. Serenity. Bina hidup dari scratch. Build up balik ego aku dari zero kepada hero. Tinggalkan rumpunan psikotik yang selama ini mengelilingi ruang litup kehidupan zilch aku. Tinggalkan, kalau boleh, semua aktiviti-aktiviti sosial di kota batu ini yang mengebaskan nerve dan adrenalin aku. Simpan ketulan daging bawah pusat baik-baik di dalam peti besi. Dan juga, kalau boleh, aku mahu wujud sebagai entiti berkarektor baru, exactly macam new born. It is like; nobody knows you and you just exist.

Paradigm shift ini, kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Aku tahu, ramai yang emo dengan aku, lebih-lebih lagi The Brothers. Marah, sedih, kecewa. I could feel it by the look of their faces. Aku tak pasti sama ada perasaan yang terzahir dari mereka itu genuine atau fake atau pretentious, tapi aku rasa mereka ikhlas, or at least aku yang ikhlas sebak tinggalkan mereka.

(Celaka, aku hampir menitiskan air mata dalam kereta!)

After all
, aku perlu buat keputusan untuk diri aku. Sudah tiba masanya, aku keraskan pendirian, dan bercakap untuk diri aku, dan lari dari rutin indah sex, drug, booze, and rock n roll serta ideologi-ideologi songsang dan karut aku, yang aku beria-ria pertahankan dan agungkan satu masa dulu.

*teringatkan watak Mark Renton dalam filem Trainspotting, dan lagu Iggy Pop, Lust of Life bergema dalam gegendang aku*

Oh, aku bukan bicara tentang masa depan ya, aku bicara tentang duit, hidup, kerjaya, perempuan, tanggungjawab, rumah, kereta, mesin basuh, kesihatan, kolesterol, keluarga, Tuhan, etc, etc, etc.

Face-lift. Transformation
. Salin kulit. Transisi. Hijrah.

Ya, aku tahu, benda-benda itu semua bukan boleh memberikan kehidupan untuk aku, but what is the meaning of life anyway? Apa yang aku cari dan kejarkan? Pernah-kah aku rasai dan nikmati-nya, atau ada-kah aku sedang menuju ke arah kesempurnaan eksistential ciptaan nafsu aku selama ini?

Hakikatnya, aku semakin kosong dan lompong dan jiwa aku seperti disedut ke dalam lubang vakum nihil, yang membuatkan minda aku lesu, rebah, lumpuh, dan malas berfikir. Care-less about everything. Egocentric. Ignorant. Arrogant. Pessimistic. Cynical. Anesthetize.

Keberanian aku untuk hidup dan berdiri dengan sober di atas pentas nilai-nilai moraliti yang pernah aku ludahi, bagi aku, adalah lebih baik dari keberanian aku untuk terus-terusan menongkah arus normaliti dan paranoia, atas nama liberti kebebasan dan autonomi pencarian identiti, yang pada akhirnya hanyalah sebuah halusinasi dalam imaginasi. Ataupun mungkin illusi dalam fantasi. A fucking chimera.

Ah, maki-lah aku. Kutuk sepuasnya. Aku cuma tahu satu sahaja, I am dying, sooner or later, and so are you. Dan bila aku mati nanti, aku tak mahu ke neraka, sebab, setahu aku, ia amat panas dan aku tak suka dengan kepanasan.

Aku pasti ini akan mengambil sedikit masa, but at least, aku cuba. Dan kalau satu masa nanti jika Tuhan tanya aku, mungkin aku boleh cuba untuk berikan sedikit alasan.

At least
aku cuba, biarpun peluang yang ada cuma 1%. 1% is still a big chance, you know. Hope is still there, biarpun harapan adalah satu benda yang dangerous.

Dan Confectionated Booze juga akan berkubur. Serius. Akan tiada lagi bait-bait sampah untuk aku tuliskan dan rungutkan dan ceritakan.

Terima kasih semua. A trillion thanks for feeding me the fuel and stimulation to write. And may God bless you. All of you.

I want to find my Holy Grail. I want to live my life again on a least blast
. Kurangkan anticipation diri pada dunia. Be a simple person and getting bugged with a simple thing. Macam Yusof Haslam. Macam Razak Mohideen. Macam Nik Aziz. Macam manusia konvensional lain. Cumanya, tiada lagi hatred and fanatical obsession yang excessive ataupun botol Budweiser di hujung bibir mahupun koktel-koktel delusi di genggaman tangan, juga kunjungan ke HRC atau bar Ceylon sekerap biasa.

Itu semua adalah muzik dan melodi pentatonik yang ekslusif, yang pernah aku syurgakan. I have no regret, sebab deliberately, itu ada-lah pilihan aku.

Past is past,
dan aku tidak pernah sesekali pun terlintas untuk ubahkannya dengan mesin masa, dan 2009 ini, aku hanya mahu jadi lebih terurus. Itu sahaja.

*mengeluh*

Dan dengan hati yang amat berat, dan hampir crumbled into pieces, aku balas juga text sms Bukan Tipikal Lelaki Ampang dan tulis, “I am sorry. Negative.


-arkib-

Aku Mahu Kau Faham Tanpa Perlu Bibir-ku Bicara

kerana hidup aku ini bukan satu perjalanan yang lurus.
satu masa, O satu masa,
bila hamparan duka dada ini mulai retak terbuka,
bila sumbing mulut hati ini sudah mulai mesra berkata-kata,
betapa aku menyanjungi kau,
kerana saat ini, waktu ini,
di sebalik senyuman dan seloroh jenaka,
aku hanya terlindung lemah dengan keinginan,
untuk terus dipeluk erat,
oleh-mu,
bukan dikencangi dengan gelora ribut.

Tenggelam

Bila Manchester United menewaskan Arsenal tempohari, aku antisipasikan bahawa aku akan diperli dan diperlekeh sehabis-habisnya oleh dia. Iya-lah, aku selalu berbangga-bangga dengan pasukan Arsenal dan merendah-rendah-kan sesiapa sahaja yang menyokong Manchester United. Lebih baik sokong Polis daripada Manchester United, bukan? Dan aku lebih rela memakai baju bertulis Phuket daripada baju berlogokan pasukan itu.

Jadi, dalam perbualan telefon lewat malam tempohari juga, setelah pasukan pilihan aku tewas mengejut, setelah muka aku merah padam dek rantaian sms-sms kutukan, aku menunggu juga kata-kata yang bakal mengundang desing telinga aku dari dia. Ingat-kan kamu ya, dia penyokong Manchester United yang tegar! Dalam kotak fikiran aku, terlintas bermacam-macam alasan dan jawapan yang bakal aku berikan dan betahkan.

15 minit berlalu, masih tiada apa-apa yang keluar dari mulutnya yang berkisarkan kebolaan. Sehingga-lah gagang diletak, masih tiada perkataan yang mahu menyinggung perasaan aku secara sengaja yang dia hambur-kan.

Hampa juga, sementelah aku sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Heh!

Apa-apapun, bila difikir-fikirkan kembali, dia sememang-nya sangat-sangat memahami.

Cute.

Firewall

Dia sakit gigi. Wisdom teeth-nya tidak bertumbuh dengan baik. By hook or by crook, kena cabut juga.

Harga-nya RM540.00 selepas diskaun. Gila. Luckily, syarikat dia ada polisi untuk kesihatan dan pergigian. Boleh claim.

**
Bertemu dengan bajingan-bajingan cemerlang dari Petronas. Okay, dua ekor bajingan sahaja.

Bajingan 1 masih dalam saki-baki mood perkahwinan. Bercerita tentang alam baru dan mengeluh tentang isteri yang terpaksa tidak tinggal bersamanya. Heh, sesungguhnya aku lebih teruja dengan konsol permainan Wii milik-nya.

Bajingan 2 masih sibuk ke hulu hilir memenuhi tuntutan kerja. Katanya esok mahu terbang ke Bertam. Kerja, kerja, kerja, tambahnya lagi.

Dan dia, sudah 2 hari berpuasa semata-mata mahu berbuka puasa dengan aku.

**

"I'm impressed!" kata Bajingan 1, "2 days of fasting, it's not a joke!"

Aku senyum-senyum saja. Mengiya tidak, menidak pun tidak. Dia pula sibuk melayan cakap-cakap Bajingan 2. Aku cuba-cuba juga curi dengar perbualan mereka, tapi telinga aku tidak begitu tangkas.

Kami berbuka puasa atas treat mereka. For a long lost friend, kata mereka.

**

"Why all of them asked me to
jaga you baik-baik?" dia tanya dalam nada kehairanan semasa perjalanan pulang.

"There's must be something really bad about you
, kan?" dia sambung lagi.

"Nothing-
lah, mana ada apa," aku jawab.

**

"I'll see you in Rawang tomorrow ya. I'll drive!" dia kata sebelum keluar dari kereta buruk-ku.

**

Perempuan, kau telah benar-benar buat aku jatuh. Dan larut.

*dalam gelombang-gelombang lohong black hole yang mereka namakan, heh, cinta*

Synchronize

Dia, seperti perempuan-perempuan lain juga, perlukan security and attention, yang mana aku rasa aku masih kurang dalam salah satu antara kedua-dua-nya. Jadi-nya, bukan salah dia jika dia selalu mahu menolong aku mendapat-kan kerja tetap dan stabil.

I just quitted from my job four weeks ago. Or maybe five
. Atas alasan-alasan egocentric.

And now, I’m jobless
dan hampir setiap kali, tanpa sebarang paksaan mahupun dorongan, dia insisted to pay harga makanan kami, which had made me felt very much uncomfortable.

Jadi-nya lagi, di sebuah kedai kopi di SS15, aku terpaksa bersuara menyata-kan ketidakpuasan hati aku. Aku tak mahu dilabel cheapskate.

“Sayang, what’s mine is yours, what is yours is all mine!” dia kata, sambil mengangkat-ngangkat kening, diselangi ketawa kecil yang penuh makna. Atau dalam bahasa yang dia gunakan, senyuman penuh helah.

“I feel useless!”
aku pertahan-kan diri aku.

“You, I don’t want to talk about this anymore!” dia balas dan memuncung.

Aku cuba berfikir dalam konteks dia berfikir. Setelah semua cas-cas positif dan rasionaliti aku tarik ke dalam otak, and put aside the stubbornness, aku buat rumusan mudah. She was making an effort to help me.

You see, I’m almost broke now yet I never told her. But she is incredibly perceptive and sensitive. Yes, she is.


Dia, buat aku faham satu perkara tentang hidup.

Egoism; will never get you anywhere
.

Lagipun, orang-orang tua selalu kata, kalau kau berjaya mengatasi ketakutan kau -- dalam kes ini, ketakutan aku ada-lah; penghancuran ego aku oleh manusia lain -- kau akan capai apa yang kau mahu.

Anyhow, she’s sweet, bukan?

Fish Out of Water

Hey darling, do you know what kills you?

Stupid friend doesn’t kill you. Lack of knowledge doesn’t kill you. Annoying people doesn’t kill you. Alone or abandoned doesn’t kill you. To have a different thought about life doesn’t kill you as well.

Instead, to feel embarrassed for feeling, that is the killer. It does kill you, in a fucking cold blooded way.

Just don’t train yourself to betray yourself.

Otherwise, it will slaughter your conscience, alive.

Oh god, I’m so in love with myself.

Cheers!