Dia datang, seperti pagi hari-hari working day yang lain, dengan rambut yang masih basah, panjang dan lurus, dan meredupi sebahagian dahi-nya, dengan wajah muram-tapi-masih-mahu-pretend-kelihatan-normal, duduk di sudut belakang, hirup teh O panas dengan kedua-dua belah tangan kemas memegang gelas, observe manusia yang lalu-lalang yang mengejar punch card, nikmati nikotin pagi dalam jiwa yang solitude, cuba membuat pose-pose gembira dengan setiap manusia yang menyapanya, dan aku; sedaya-upaya untuk tidak diperhatikan memerhatikan-nya.
Dan sebelumnya, kalau kau masih ingat sebelum-nya, aku delicately bisik-kan ini ditelinga kau, ‘you are the sight of the sore eyes,’ dan aku betul-betul maksud-kannya.
1 comments:
heyaaa. thumbs up! ur writings astonished me with plethora of emotions that well narrated. seductive blog! terkesan hingga ke hati :)
Post a Comment