Kunci

Untuk kembali menyusun patah-patah kata, dan meluncur-kan apa yang tersembunyi di celahan-celahan ruas darah, tidak lagi mampu membuat aku berasa lepas dan bebas. Apa yang terdaya, hanya-lah memelihara dengan sabar dan tenang derita kesakitan dan perasaan kecundang, daripada tertendang keluar.

Aku menyanjungi rasa cinta. Aku mengagumi keindahan cinta. Aku tidak menyelindung-kan cinta aku dengan kepura-puraan dan kemarahan. Dan aku sentiasa terpesona serta membesar-besar siapa yang aku cinta.

Fahami-lah, dan mengerti-lah -- kerana kita semua tercipta atas nama cinta.

Dan aku juga tahu, tiada pelayaran yang tidak dipukul ribut dan gelombang -- dan hanya bahtera yang kukuh dan utuh yang bakal menerus-kan.

Ah, kedengaran memual-kan, bukan? Ah, kenapa mahu malu dengan perasaan? Bukan-kah cinta satu anugerah? Berapa ramai manusia di dalam dunia ini, yang gagal dan tidak pernah menikmati rasa cinta?

Sejelek mana pun, sepedih mana pun, sesekeliru mana sekalipun, aku tetap mahu bersyukur dengan apa yang Tuhan sumpah-kan ke atas aku, dan merai apa yang telah disusun-atur olehNya dengan sungguh-sungguh. Dan atas maksud ini, aku mahu dengan segagah-gagah-nya mempertahan apa yang telah kami sama-sama ikrari dan sepakati.

Kerana sesungguhnya, Dia telah tusuk-kan dia ke dalam waras aku -- hanya dia di jantung aku, hanya dia di dalam hela-hembus nafas aku -- hanya dia di seluruh aku.

Aku mengingin-kan dia sebagai yang terakhir, dan untuk-nya, aku mahu menjadi dia yang terakhir.

Dan aku telah terima dia seada-nya.

Dalam hening malam seperti ini, aku boleh dengar degup-degup dalam hati aku, ya, ada kehingaran yang tidak pernah surut, ada suara yang tidak pernah jemu, yang tegas dan berterusan berteriak, "I want to be her Imam, I want to be her Imam."

Aku mahu menjadi Imam dia, yang akan menuntun dia selama nafas di kerongkongan, untuk sama-sama sujud pada Dia sewajar-nya.

16 comments:

  1. and i'll pray for your happiness.
    so sweet :)

    ReplyDelete
  2. kalau kite bersyukur dgn kurniaanNya, pasti kita akan buat apa sahaja bila mencintai seseorg.

    saya menyanjungi cinta saudara.

    saya seakan tersedar bila membaca tulisan saudara ini. lelaki spt saudara pasti disakiti bila perbuatan2 saudara disalah erti.

    cuma saudara perlu juga faham, saye sbg perempuan, saya juga pasti, perempuan ada byk fiil dan karenah. kerana akal kami cuma satu.

    saya doakan kebahagiaan saudara.

    :)

    ReplyDelete
  3. 幸せになってね

    ReplyDelete
  4. saya mengikuti tulisan awak dan selalu berharap awak berubah. dan awak telah berubah.

    saya mendoakan awak yg terbaik kerana awak mencintai dia kerana Allah. semoga Allah merestui dan merahmati kalian berdua.

    ReplyDelete
  5. Doa lah dengan penuh yakin.minta pada Dia si pencipta rasa cinta.
    In shaa allah, kau bakal mengimamkan solat dia nnti.

    Harap yg baik-baik sahaja buat kalian.


    ReplyDelete

  6. bro, as one of your followers, i will pray for your happiness.

    i will.

    and i will pray for both of you too.

    i promise.

    :)

    p/s: i sense your honesty

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. hi, remember me? pls check your email! im dying waiting for your reply!!


    ReplyDelete
  9. InshaAllah, dengan izin Allah.

    Sahabat, suka saya ingatkan, bagaimana perempuan/wanita mudah tertarik kepada sesuatu yang menyeronokkan. Hal ini kerana lemahnya akal mereka dalam membuat keputusan, kerana kebanyakkan masa, mereka hanya memikirkan tentang keseronokan dan tidak mampu menilai, kerana mereka didorong oleh hawa nafsu.

    Suka saya mengambil kata-kata Dr Zakir Naik, akan tiba masanya perempuan/wanita akan menjadi 'public property' tanpa mereka sedari. Akhlak dan aurat mereka bukan lagi untuk si suami tetapi terhadap orang ramai, organisasi, persatuan dan lain-lain. Pada firasat hawa nafsu mereka, hal ini tidak salah, tetapi yang sebenar, percampuran antara bukan muhrim, telah mendedahkan mereka kepada azab dan kemurkaan Allah SWT. Syaitan dan bala tenteranya sangat licik dalam menggoda anak Adam ke lubang Jahannam. Ingatlah, niat tidak pernah sesekali menghalalkan apa yang haram.

    Saudara, saya pertama kalinya membaca tulisan-tulisan saudara, dan saya telah mengkhatamnya dalam satu hari. Alhamdulillah, Allah telah menyuntik hidayatNya ke dalam hati saudara dan beristiqamahlah dalam menuju Allah.

    Kehidupan sekarang ini adalah senda gurau, tipu daya, dan hanyalah pembohongan semata-mata. Kehidupan yang sebenar ialah bila sahaja kita semua menutup mata dan menghadapNya. Amalan kita, perilaku kita terhadap ibubapa serta sesama manusia, penjagaan aurat, ibadat, itulah yang akan menentukan kejayaan. Kejayaan di dunia, tidak memberi apa-apa makna jika kita dicampak ke dalam neraka Allah. Nauzubillah min zalik.

    Saudara, niat saudara mahu memperisterikan si dia kerana Allah dan takutkan azab Allah, niat saudara adalah niat yang sangat mulia. Saya turut sama-sama berdoa supaya Allah memberkati niat saudara.

    "Ya Allah, berkatilah dan permudahkanlah urusan si penulis ini. Ya Allah, Engkau damaikan dan tenteramkanlah hati mereka, jauhkan mereka dari hasad, cemburu, dan kebencian. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, panjangkanlah umur mereka di dalam rahmatMu, hindarilah mereka daripada maksiat, dan peliharalah mereka daripada godaan-godaan syaitan. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata"

    Amin ya Rabbal Alamin.

    Syeikh Mohammad Akram Syeikh Abdul Karim

    ReplyDelete
  10. Bile suka bercampur sayang, wujud cinta.. jodoh tetap rahsia Yg Maha Esa.. :)

    ReplyDelete
  11. Bile suka bercampur sayang, wujud cinta.. jodoh tetap rahsia Yg Maha Esa.. :)

    ReplyDelete
  12. Kepada Anonymous January 1, 2013 5:15 PM

    Misogynist benar kau ni. Perempuan bukannya objek untuk jadi public property.


    ReplyDelete
  13. It happens to be a chef's time period for 'a area for all
    sorts of thіngs and all the thіngѕ in its ρlace'. Masonry heaters consist of a compact hearth box designed to ratio with the smoke chamber over. The wall panels can be brought in hallways, doorways, and shining straight as a dance ground.
    Also visit my page - baking pizza Stoneware

    ReplyDelete
  14. Saya bharap awak terus menulis. awak adalah dadah saya. awak pernah dan telah slmtkan saya tanpa awk sdr.

    tulisan awak sgt indah dan mberi seribu makna.

    jgn sia-siakan anugerah tuhan pada awak.

    saya doakan awak dan dia akan sentiasa bahagia...

    ReplyDelete